When I looked into your eyes I didnt see just you, I saw my today, my tomorrow, and my future for the rest of my life..

Sabtu, 18 Mei 2013

DIET IKUT JENIS DARAH

ASSalammuALaikumm.....
hai warga bloggg...hri ni myra nk share aB0ut diet mgikut jenis darah..myra dpt inf0 ni at HERE....

J0mmm preVieW.....


Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Jumaat, 3 Mei 2013

kentang putar vs menu diet~~~


aSSalammuaLaikuM SUME............raSe mcm da BtahUn xUpdATe Blog..hehe~~a


hari ni myra nk k0ngsi cara2 Buat kentang putar ala-ala KFC.....(dlm mo0d diet,,,xnk mkn nasi) ecehhhhcehh...(kentang p0n ley mgem0kkan jugak)xpayah nk 0ver sgt la myra 00ooiii.....


Bahan-bahan untuk kentang putar:


· 6 biji kentang yang bersaiz besar (ik0t k0rg la nk bpe banYak)
· 2 sudu besar mentega (kalo nk diet 2 xnk bg p0n xpe~~) 


· 5 sudu besar susu segar (ik0t korg la nk bg ke x,..,,myra xbg p0n..sbb myra xsuke sgt rase lemak-lemak manis ni) 


· Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa (gune serbuk lada hitam yg da siap jual dlm b0t0l 2 je....xpayah sibuk2 nk tumb0ok2) 


Cara-cara: 


1.Kupaskan kentang dan potong dadu (suke ht la nk p0t0ng mcm mne).Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk, toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan kentang masih panas. 


2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata. Ratakan dengan garam dan serbuk lada hitam. 

3. kalo xrate...korg ms0k kn dalam blander...pastu blander jer.....(lagi senang n lg sedap) 

lepas 2....~~~~~~kite buat~~~~~ 

Sos kentang putar

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ) 


• 450 ml air (pndai2 la sukat)

• serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi (myra guna kiub ayam Knorr)~bg secukup rase 
I biji bawang besar cincang n satu batang saderi (tapi myra xbgi p0n bwg n saderi ni 

• 20 gm tepung gandum (myra gune tepung jagung)~ni untuk memekatkan kuah

• 3 sudu besar sos tiram (secukup rase)

• sedikit serbuk lada hitam (yg suke pedas 2...letak jer bnyk2)

• kicap pekat (xnk bg p0n xpe...kalo nk bg,,,,bg ckit jer)

• garam (myra buat xgune grm p0n,,,sbb sos tiram n serb0k lada hitam 2 da masin...kalo nk bg..bg ckit jer k) 


Cara-cara: 


1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. (tapi sape yg xnk gune saderi n bawang,,xpayah tapis) 


2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan cair.Masukkan tepung gandum/jagung sikit demi sedikit.(paling elong bancuh tepung ni dulu gan air,,,takot kalo terus masukkan dlm periuk tpung 2 jdi bket0k-ket0l) Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan. 


3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat. 


4.Masukkan sos tiram.Kacau sebati. 


5.Masukkan kicap pekat.(Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.) 


6.Masak sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam. 


7.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka kuah cair, boleh dah tutup api.0k siap sudahhhhhhhh....... 


jeng jeng jeng.......nie la hasil nyer





myra baru blaja buat semalam,,,,ingatkan xjadi,,,,rupe2nyer menjadi dengan maju jayanya......n tadi lunch buat lagi,,,,,rupenyer xsame mcm semalam...tapi rase 2 still same........rase mcm paVLova,,,,,(hahhahah nk menipu la 2,,,,kentang ley jdi pavL0va......0kk BurByer,,,,,,ni sjer t0k hari ni.......